Ciri-ciri dan manfaat
Sarung tangan nitril adalah sarung tangan yang mempunyai ketahanan terhadap kimia. Ianya dihasilkan daripada sebatian acrylonitrile butadiene dengan daya tahan yang tinggi terhadap pelarut, minyak, lemak dan agen peluntur.
Aplikasi
Pemprosesan industri kimia, industri percetakan surat khabar, loji penapisan minyak, pembuatan bateri, hortikultur, pengendalian racun perosak, pertanian, kerja pengujian makmal, pembersihan sisa alam sekitar, pembuatan pemampat udara.